“Tak sangka doa masa marah makbul” mahu ank lepas hukumn gantung, ibu ke pnjara bagi geran tanah sebagai ganti!

KATA-KATA seorang ibu adalah doa buat anaknya.

Ungkapan tersebut sentiasa dituturkan dalam masyarakat sehingga ada yang menjadikannya sebagai pegangansupaya sentiasa berhati-hati dalam tutur kata.

Di laman sosial, tular kisah mengenai tutur kata seorang ibu yang dikatakan menjadi punca anaknya bakal dikenakan hukuman gantung.

“Ada kisah banduan yang kena hukum gantung, ibunya bawa geran tanah, merayu tak bagi anak kena hukum.

Kanak-kanak perlu dididik dan ditegur sejak kecil. -Gambar hiasan

Kanak-kanak perlu dididik dan ditegur sejak kecil. -Gambar hiasan

“Dia rela tukar dengan tanah tu,” seorang wanita berkongsi cerita.

Menurut wanitaitu, banduan terbabit adalahseorang individu yang nakal sejak kecil.

“Setiap kali dia membuat onar, ibunya akan marah dan cakap nak kena gantung ke.

“Ibu dia memang cakap yang anaknya nakal sejak dulu.

“Dia tak sangka apabila dah besar, kena gantung betul,” ujarnya, sambil turut menasihati golongan ibu supaya sentiasa berkata baik terhadapanak-anak.

Dia turut berkongsi kisah Imam Sudais (imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais) yang sering didoakan supaya menjadi seorang imam oleh ibunya.

“Kisah Imam Sudais pula, semasa kecil nakal juga sampai sekali tu, mak dia marah tapi disuruh pergi jadi imam Makkah.

 

Aku dah umur sangat-sangat tua, tapi doa mak tu mujarab… mak aku cakap, kalau tebas rumput belakang tu, nanti kena paip, boleh pecah. Aku tebas dan tersadung kena paip, pecah.

WARGA MAYA

 

“Tengok-tengok betul, apabila besar jadi imam Makkah,” tambahnya lagi.

Menurut wanita ini, perkongsiannya itu bukanlah untuk mengaibkan sesiapa namun hanya ingin menyatakan bahawa setiap tutur kata ibu adalah doa.

Malah katanya, tanpa disedari, kata-kata yang diungkap telah dimakbulkan Allah.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

“Nak cerita yang mulut mak ni masin, kadang-kadang tanpa sedar pun cakap, tapi Allah makbulkan.

“Semoga kita jadi mak yang sentiasa bercakap baik untuk anak-anak dan yang paling penting, kita jadi anak yang didoakan kebaikan oleh ibu bapa kita,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang bersetuju dan meminta supaya wanita bergelar ibu untuk menjaga lisan.

“Saya pun dah tukar, kalau marah terus cakap, esok besar mesti jadi imam masjid, yang perempuan pula saya cakap nanti besar mesti solehah. Doa seorang ibu tu kuat.

“Aku dah umur sangat-sangat tua, tapi doa mak tu mujarab… mak aku cakap, kalau tebas rumput belakang tu, nanti kena paip, boleh pecah. Aku tebas dan tersadung kena paip, pecah.

“Kadang-kadang risau mulut jadi doa, kebanyakan masa tangan lagi laju dari mulut. Jadi ibu ayah ni, kena banyak sabar.

“Saya setiap kali marah anak, saya jerit ‘awak ni bertuah sangat kan’, cuba tahan mulut ni,” demikian hantaran balas daripada warga maya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *