“Kesiannya kecik lagi budak tu..” Bergema satu mall bapa tengking ank, pengunjung sebak tengok si kecil

SUASANA tenang di sebuah pusat beli-belah bertukar gempar apabila seorang bapa menengking anak kecilnya dengan suara yang cukup lantang.

Insiden yang berlaku di hadapan sebuah kedai barangan sukan di Setia City Mall, Selangor itu disaksikan oleh pengunjung yang sedang bersiar-siar bersama keluarga.

Menurut seorang wanita yang berada berhampiran lokasi kejadian, dia sendiri berasa terkesan dengan jeritan lelaki tersebut kerana ia cukup kuat sehingga mengejutkan pengunjung lain.

(file pic) Crowdswith people shoppingat mid valley shopping mall in Kuala Lumpur. — SHAARI CHEMAT / THESTAR

Pusat beli belah menjadi tumpuan kebanyakan keluarga untuk meluangkan masa pada hari cuti. -Gambar hiasan

“Kepada abang yang tengking anak dia Diam! sampai bergema satu pusat beli belah depan sebuah kedai alatan sukan, silalah minta maaf balik dekat anak kau yang masih kecil sangat tu.

“Kau dah menjatuhkan maruah anak kau sendiri tanpa sedar walaupun dia kecil lagi. Kau tengking tau, sampai ada abang (pengunjung) lain pun tengking Hoi! dekat kau semula.

“Kasihan anak kau, kecil-kecil lagi dah dimalukan bapa sendiri. Masa dia terkejut menangis tu yang paling saya tak sanggup nak tengok,” ujar wanita tersebut.

Dalam pada itu, wanita berkenaan yang turut ditemani anak-anaknya berkata, kejadian itu turut memberi kesan kepada cahaya mata sulungnya.

Menurut wanita itu lagi, dia memahami cabaran mendidik anak-anak kecil apatah lagi jika mereka meragam (tantrum) di tempat awam sebagaimana situasi yang dilihat.

Namun, dia menegaskan bahawa sebagai orang dewasa, ibu bapa seharusnya mampu mengawal emosi dan memberi teguran dengan cara lebih lembut.

Bagus masyarakat masuk campur dalam situasi macam ni.

NETIZEN

“Kalau budak kecil tiga hingga empat tahun tak pandai kawal emosi sendiri tu saya faham, tapi ni orang tua yang ada pilihan nak bersabar.

“Tapi masih nak tengking sampai satu pusat beli belah pandang seorang pada kau. Ini saya tak faham. Memang semua orang terkejut.

“Sampai anak saya yang sulung tu cakap pakcik tu jahat Mommy (panggilan pada pengadu). Allahu, kasihan,” ceritanya lagi.

Hantaran dikongsikan wanita ini meraih pelbagai reaksi warga maya yang turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.

Komen netizen di media sosial.

“Bagus masyarakat masuk campur dalam situasi macam ni. Semoga lepas ni si bapa beringat nak tantrum (marah secara tiba-tiba) depan anak kecil sendiri di tempat awam.

“Kasihannya anak tu. Kalau saya, tak tahan marah… marah bapanya. Tak boleh juga, suruh bapanya uruskan. Yang penting jangan marah anak, kasihan mereka.

“Allah… kasihannya anak. Untuk ibu bapa macam ni, budak tu kecil lagi. Kau nak harap dia dewasa macam kau ke? Boleh berfikir itu ini. Kau yang dah besar panjang pun kadang tak seperti yang diharapkan,” komen beberapa netizen.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *