Saiful Apek kena tahan?memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama seorang lagi individu

SEKEPING foto dikirim kepada mStar memaparkan kelibat seorang pelawak telah ditahan oleh pihak berkuasa pada Selasa.

Individu yang mengirim foto berkenaan mendakwa pelawak ditahan itu merupakan ahli kumpulan Senario iaitu Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56.

Dalam foto berkenaan, Saiful yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama seorang lagi individu dilihat ditahan oleh dua anggota beruniform di satu lokasi yang tidak diketahui.

Saiful akan tampil memberi kenyataan dalam masa terdekat.

Malah Saiful dan individu tersebut dilihat seperti sedang disoal siasat oleh anggota berkenaan.

Sementara itu, Saiful ketika dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai foto berkenaan.

Namun pelakon filem 6 Jilake ini memaklumkan akan menjelaskan mengenai penahanan itu dalam masa terdekat.

Pada Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila salah seorang anggota Senario dipercayai Yassin Yahya ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Pelawak berkenaan dipercayai sedang menjalani penjara selama enam bulan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman semasa tempoh perbicaraannya pada November tahun lalu.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *