Pesawat polis terhemps, ramai saksi nampak menjunam dalam laut…

ENAM anggota polis terbunuh selepas pesawat kecil dinaiki mereka terhempas ke dalam laut pada Jumaat pagi.

Kejadian tragis itu berlaku berhampiran pusat peranginan popular Hua Hin, Thailand.

Insiden berlaku sejurus selepas pesawat milik Polis Diraja Thailand itu berlepas dari Lapangan Terbang Hua Hin, sebelum terhempas ke dalam laut di daerah Cha-am, Wilayah Phetchaburi.

Anggota yang terlibat dalam insiden itu termasuk tiga juruterbang, dua mekanik dan seorang jurutera.

Berdasarkan laporan polis, pesawat malang berkenaan sedang menjalankan penerbangan ujian sebagai persediaan untuk latihan payung terjun.

Rakaman video kejadian menunjukkan pesawat itu menjunam secara menegak ke dalam laut, dipercayai akibat kerosakan enjin selepas berlepas.

Pusat Kecemasan Polis Wilayah Phetchaburi menerima laporan tentang kejadian tersebut sekitar pukul 8:15 pagi (waktu tempatan), apabila penduduk dan pelancong berhampiran kawasan resort tempatan melihat pesawat itu terhempas.

Setakat ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. Xinhua

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *