“Patutlah tak boleh menang anugerah, padan muka..” ciplak karya orang Pula.. – Baby Shima

Hangat menjadi bualan netizen sekarang, Zhiddin Aziz dibidas penyanyi Baby Shima apabila didapati personaliti media sosial itu diketahui telah menciplak teks pidato juara dunia ketika berucap di sebuah acara.

Baby Shima yang sebelum ini pernah menjadi mangsa dari content Zhiddin, telah memuat naik sebuah screenshot daripada artikel yang menyatakan Zhiddin telah meniru pidato orang lain tanpa memberi kredit.

Dahlah menangis tak dapat anugerah. Lepastu ciplak karya orang pula tu. Patutlah tak boleh menang anugerah.

Lain kali jangan sibuk hal orang. Padan muka.

Jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak.

ss 

Bertubi-tubi penyanyi ini mengkritik influencer tersebut dek kerana panas hati pernah dikecam netizen berpunca dari  Zhiddin sebelum ini.

Dalam hantaran yang sama, penyanyi ini juga mengingatkan agar individu tersebut tidak lagi sibuk tentang hal orang lain sekiranya diri sendiri pun belum tentu betul.

Bukan itu sahaja, seolah-olah telah dipendam lama, Baby Shima juga turut memuat naik sebuah video yang merungkai kritikan Zhiddin terhadapnya. Dirinya juga menasihati abang kepada Zhiddin supaya mengingatkan adiknya untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *