“O Aqish tu liar sebab dia ank pengih, Ank dia bakal ikut Mak dia…” banyak lagi yang dipendam Puteri Balqis

Siapa tak kenal dengan pelakon Puteri Balqis yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan kerana dikatakan jatuh sakit, susah dan perlu menjual buku untuk meneruskan hidup.

Di sebalik cerita kesusahan yang tular itu, nampaknya banyak lagi yang dipendam Puteri Balqis. Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon remaja ini mendedahkan ibunya dihina dan dituduh menagih dadah serta melac*r.

Sebagai seorang anak, Balqis atau lebih mesra di sapa Aqish menyaksikan sendiri bagaimana ibunya ditertawakan krew di set penggambaran. Pengalaman pahit itu menjadikan jiwa Aqish memberontak dan hancur.

Bukan di set shooting je, mak Aqish sendiri pernah dapat mesej daripada darah daging yang nak lihat dia jatuh terduduk. Katanya, tak layak jadi mak sebab tak berguna.

ibu puteri balqis

Ada juga yang tuduh pelakon ini menjadi ‘liar’ kerana dibesarkan oleh seorang ibu yang menagih dadah. Tetapi Aqish menafikan tuduhan itu sekerasnya.

Lebih mengejutkan apabila pelakon ini memetik insiden dengan seorang selebriti kaya yang didakwa menangguk di air yang keruh.

Sampai ke hari ini, Aqish akan menahan marah setiap kali tengok selebriti kaya tersebut viral dengan lagu bodoh dan video interview kononnya untuk membantu.

Kata pelakon ini lagi, pengalaman lalu mengajarnya untuk bangkit melawan dan tak tunduk kepada wartawan yang mahu menjatuhkannya.

Jelasnya, dia bukan lagi Puteri Balqis yang takut kepada orang kaya atau blogger semata-mata kerana tak mahu kena banned!

Puteri Balqis juga menjelaskan ibunya tak pernah mengeluarkan kenyataan sahih mengenai penyakit yang dihidapinya.

Ujarnya, tiga kali kamera dimasukkan ke dalam badan untuk cari tahu punca dan akhirnya dia disahkan mengalami autoimmune.

Dengan penuh rasa kasih, pelakonini mengakui ibunya sudah banyak berkorban dan sudah tiba masa ibunya pula menikmati bahagia.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *