“Netzen minta Fathia Latiff jaga bentuk tubuh” Berpakaian ketat hingga menampakkan lurah ketika main bola keranjang

SEJAK sudah tidak bertudung, penampilan dan gerak-geri pelakon Fathia Latiff mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

Terbaharu, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dia sedang bermain bola keranjang seorang diri.

Menerusi foto berkenaan, Fathia dilihat mengenakan pakaian ketat berwarna hijau hingga menampakkan lurah dada dan bahagian ketiak.

“Masih belum dapat ais latte lagi,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen Instagram.

Untitled design (92)

Netizen menasihati Fathia agar menjaga tubuh badannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila Fathia dilihat semakin berani selepas tidak bertudung.

Namun mereka juga menasihati Fathia agar menjaga tubuh badannya sekiranya ingin berpenampilan ketat.

“Alamak perut macam dah keluar anak dua orang.

“Bawa-bawalah diri bersenam Fathia, tak sesuai dengan pakaian.

“Geli tengok, sebelah sana tayang baby bump dia tayang bumper,” antara komen netizen.

Sejak Januari lalu, Fathia menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi.

Untitled design (97)

Fathia menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial.

Ini termasuk menyamakan wajah aktres Zahirah seperti pembantu rumah.

Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga suami kepada Zahirah.

Dalam beberapa siri luahan, Fathia mendakwa Aiman masih menyayanginya dan meminta pelakon itu memohon maaf.

Fathia turut ‘berperang’ mulut dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *