Ellie suriaty akhirnya dapat jumpa kekasih bekas suami, rupa rupannya bukan calang calang orangnya

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty akhirnya dapat berjumpa dengan kekasih bekas suaminya, Azri Iskandar yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

Puji kekasih bekas suami

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ellie tumpang gembira dengan hubungan mereka dan turut memuji wanita yang juga seorang usahawan dan ibu tunggal itu.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan kalian berdua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

You’re so very beautiful inside out my dear @datonoora.kay. I’m so happy for Azri Iskandar.

Di dalam hantaran lain, mereka turut membawa anak-anak turut sama untuk mengeratkan lagi ikatan keluarga.

Perjumpaan satu keluarga

Meninjau di akaun Instagram Noora, dia memuat naik video perjumpaan mereka sekeluarga dan menyatakan rasa syukur kerana segala urusan dipermudahkan.

Mengeratkan ikatan kekeluargaan kami semalam. Kerana Allah Ta’ala. Sesungguhnya kami hanya bergantung hanya padaMu Yarob. Permudahkan segalanya.

Terima kasih kepada Kak Ell dan kawan baik saya, Datuk Ayu. I love you both until Jannah Allah SWT.

Sebelum ini, nama Azri hangat diperkatakan selepas dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita bernama Dr Azra Diera.

Malah, Azri dianggap tidak siuman gara-gara wanita yang diperkatakan seperti tidak wujud dan kisah percintaan mereka semakin menyepi dan hubungan mereka renggang.

Untuk rekod, Ellie dan Azrai bercerai pada 17 Mei lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *