Oktober tahun lalu, kemelut rumah tangga yang menimpa pasangan Siti Nur Nashrah (Nashkay) dan Kelana Bin Shamsudin sempat menjadi bualan hangat netizen.
Berdasarkan tinjauan lanjut ke akaun TikTok Nashkay, beberapa bulan kebelakangan ini dia juga lebih banyak berkongsikan tentang kehidupannya bersama anak-anak sahaja dan sudah jarang memuat naik kebersamaan dengan suaminya.
Pada semalam pula, video memaparkan dirinya sedang menangis di dalam kereta cukup mencetuskan tanda tanya mengenai keadaan sebenar perkahwinannya dengan lelaki berusia 64 tahun tersebut.
Tidak pasti apakah isu sebenar yang melanda hubungan mereka, namun Nashkay mendedahkan suaminya telah terlanjur berdua-duaan dengan wanita lain dalam sebuah bilik.
Wanita berusia 31 tahun ini kemudiannya menegaskan bukan dirinya yang bermain kayu tiga dalam perkahwinan mereka.
Enggan lagi terus-menerus dipersalahkan, dia cuma berharap agar Kelana dapat melepaskannya sebagai isteri.
Pihaknya sudah cuba untuk mempertahankan segalanya, kini Nashkay berazam melakukan yang terbaik dalam membesarkan anak-anak mereka selepas ini.
Mama bertahan sb xnak anak2 mama sama mcm mana masa kecik.. tp kita xdapat nak lawan takdir.. xpelah mama do the best for our family k.. mama cari duit byk2 utk besarkan awak ber3 ❤️
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat agar Nashkay terus kuat menghadapi dugaan tersebut. Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan daripada netizen.
Sumber : kdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.