EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nikita Willy mendedahkan dia tidak pernah kentut di hadapan suaminya iaitu Indra Priawan.
Cerita Nikita atau Nikita Purnama Willy, 31, dia akan pergi ke bilik air untuk membuang angin kerana tidak mahu suaminya mendengar atau menyedari perbuatannya itu.
“Sehingga kini dia (Indra) tidak pernah mendengar saya kentut. Saya selalu kentut dalam bilik air.
Nikita akui kentutnya mahal untuk suaminya dengar.
“Saya tidak pernah kentut. Saya tidak mahu kentut saya terkeluar di hadapan Indra. Kentut saya mahal,” katanya.
Dalam pada itu, peminat bersetuju dengan Nikita di mana kentut di hadapan orang bukanlah sesuatu yang lucu, sebaliknya dianggap sebagai perbuatan biadab.
“Perkara itu juga berlaku kepada saya. Saya tidak boleh kentut di hadapan pasangan sehingga sekarang. Saya malu.
“Memang seharusnya begitu, sangat tidak sopan jika kita kentut di hadapan orang lain. Ia bukan perkara yang lucu,” komen netizen.
Untuk rekod, Nikita dan Indra mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Issa Xander Djokosoetono, 3 dan Nael Idrissa Djokosoetono yang kini berusia sebulan.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.