“Terima 14 Laporan” mengejutk bila tahu, pihak berkuasa dedh ini yang bakal dikenakan Makcik Kemboja

Polis Melaka memaklumkan telah menerima 14 laporan berhubung isu seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja susulan tindakanya mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu di TikTok, baru-baru ini.

14 laporan polis

Makcik Kemboja

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu dibuat pelbagai pihak selepas tular sepotong video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik wanita terbabit yang mengatakan ‘Melayu malas’.

Menurutnya, susulan laporan polis berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Makcik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah bertalu-talu menerima kecaman netizen selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *