“Hey Mariyah.. Bukan orang kemboja kau je yg rajin..” dihiina malas, sekali Zarina bersuara.. memang pedas betul ayat dia

Baru-baru ini, tular satu potongan video memaparkan seorang usahawan wanita dikenali sebagai Madame Mariyah mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Kenyataan yang dikeluarkan usahawan wanita itu telah menyebabkan dirinya menerima kecaman yang hebat dari wargamaya di media sosial.

Terbaharu, pelakon dan usahawan Datin Zarina Zainuddin tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan Mariyah melalui hantaran di TikTok.

@zarinazainuddinzz♬ original sound – Pulut Kuning Zarina Zainuddin

Pelakon berusia 52 tahun menyangkal kenyataan usahawan itu dan menekankan ramai orang melayu yang bersikap rajin.

Eh Mariyah, tak kisahlah orang negeri mana pun. Orang Melayu ni pun ada yang rajinlah.

Kau jangan ingat orang Kemboja kau tu je yang rajin, orang Melayu pun rajin. Orang bangsa apa pun ada yang rajin, ada yang malas. Kau jangan ingat kau je yang rajin.

Respon netizen

Zarina Zainuddin Kecam Mariyah

Zarina Zainuddin Kecam Mariyah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan Zarina di samping turut memuji ketabahan pelakon drama ‘Menongkah Kasih’ itu yang bertungkus lumus mencari rezeki membesarkan anak-anak.

Terdahulu, usahawan kelahiran Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah teruk dikecam netizen selepas mendakwa dirinya hanya bergurau mengatakan orang Kemboja lebih rajin berbanding orang Melayu.

Walau bagaimanapun, Mariyah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menyedari kekhilafan yang dilakukannya terhadap orang ramai.

Sumber : ohbuIan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *