“Gara gara hina Melayu bangsa pemalas,” netzen Tak puas hati hanya sekadar minta maaf, korek video lama wanita Kemboja

Usahawan berketurunan Kemboja yang dikenali Madame Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka apabila kata-katanya menerusi video tular baru-baru ini membuatkan hati ramai terguris.

Usahawan Kemboja ‘gurau’ orang Melayu pemalas

Ia susulan video ‘bergurau’ menyatakan orang Melayu pemalas dan mengakui dirinya memang berketurunan Kemboja dan rajin.

Segalanya bermula apabila terdapat individu bertanyakan kepada wanita itu samada dia adalah seorang warganegara Kemboja bagi menjawab pertanyaan pengguna laman sosial.

“Iyalah memang saya orang Kemboja, apa kena mengena kalau kita orang Kemboja dengan orang Malaysia. I (saya) memang orang Kemboja, I dilahirkan di Kemboja tapi I dibesarkan di Malaysia.

“So (jadi) ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak orang Kemboja memang rajin nak dibandingkan dengan orang Melayu malas,” kata wanita itu,”katanya.

Namun, di akhir rakaman video berkenaan wanita itu menyatakan dia hanya bergurau berkata demikian dengan berkata orang Melayu atau Kemboja tiada beza.

Usahawan Kemboja minta maaf

Wanita itu didakwa merupakan seorang pemilik gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor kemudiannya membuat permohonan maaf.

Tambahnya juga, emosi diri tidak pernah ‘koyak’ atau terjejas akibat menerima kecaman hebat di kalangan warganet.

Dihujani dengan kritikan negatif, usahawan wanita tersebut memaafkan mereka di luar sana yang berkata-kata negatif mengenai dirinya kerana mahu akan ketenangan diri.

“Dengan rendah hati, saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap.. dan kalau you rasa itu adalah penghinaan, saya minta maaf sekali lagi banyak banyak…

“..dan saya pun maafkan you all semua, atas apa yang you all masuk dalam live saya, komen saya cakap, Kemboja b*bi, Kemboja b*ngsat, boikot, saya maafkan semua orang sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada.

“Saya tak pernah koyak, saya akan koyak bila Allah tak pandang saya dan Allah tak redha saya. Ingat itu sahabat,”katanya.

usahawan kemboja

Sementara itu, kru produksi terlibat dalam mencipta kandungan bagi platform TikTok syarikat berkenaan turut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.

Mereka meminta maaf kerana terlepas pandang akan perkara sensitif.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Melayu Champa Johor Bahru tidak bersetuju dengan kenyataan seorang wanita warga Kemboja yang juga pemilik sebuah perniagaan di daerah ini mendakwa orang Melayu malas, baru-baru ini.

Salah seorang wakil Persatuan Melayu Champa Ulu Tiram yang juga seorang peniaga, Zulkifli Zakaria menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu berkenaan.

Mereka tidak boleh menerima kenyataan yang dibuat oleh wanita terbabit kerana ia boleh menyebabkan keharmonian komuniti tersebut terjejas di negara ini.

Videonya..

Sumber :0hmm / lemaktv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *