“Baru makin ramai membeli” Bella Astillah ganti Ruhainies jadi wajah jenama produk kecantikan terkenal

SELEPAS mengaburkan wajah selebriti sensasi Ruhainies, jenama Kitsui Malaysia memilih pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sebagai wajah baharu produk kecantikan mereka.

Berita serta kempen memperkasakan wanita yang menjadi misi bersama syarikat terbabit dikongsikan pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dalam hantaran Instagramnya, baru-baru ini.

Sebagai mukadimah kepada kolaborasi terbabit, isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu turut menitipkan kata-kata semangat buat semua wanita terutama mereka berdepan gelombang kehidupan.

Wanita dilahirkan istimewa. Harus tetap kuat meski hampir menyerah, tetap sabar meski hampir mengeluh, tetap jua bangkit meski hampir terjatuh.

“Jadilah wanita yang lebih kuat untuk kehidupan lebih baik,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut ibu kepada dua cahaya mata itu teruja dengan pemilihan Bella yang disifatkan sebagai langkah bijak dilakukan syarikat terbabit.

Ini baru sesuai jadi jadi duta,” tulis seorang netizen.

“Barulah wanita dokong wanita,” kata pengikutnya

Disebabkan Bella, saya akan sokong jenama ini,” ujar pemilik akaun media sosial lain.

Sebelum ini, Ruhainies pernah menjadi wajah kepada jenama produk sama sebelum terpalit kes ditangkap khalwat bersama Aliff yang juga suami Bella.

Susulan kontroversi yang hangat diperkatakan, pengurusan tertinggi jenama berkenaan mengambil langkah ‘censored’ atau mengaburkan wajahnya dalam klip video promosi mereka.

Pihak berkenaan jelas tidak berkompromi dalam soal imej seseorang selebriti yang mewakili jenama itu kerana wajah dua lagi artis yang menjayakan kempen sama iaitu Hisham Hamid dan Wany Hasrita tidak dikaburkan.

Pada 9 Mac lalu Ruhainies dan Aliff ditangkap Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di kediaman pelakon wanita itu, dan dua hari kemudian Bella mengajukan permohonan perceraian

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *