“Apa salah saya, kenapa asyik dimaki orang, Adakah akan terus berlaku hingga Ki4mat” – Ali Puteh

Pelawak dan pelakon Ali Puteh berasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang masih mencari salah dirinya sedang dia tidak mengganggu hidup orang lain.

Mangsa fitnah dan makian

Ali Puteh

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali berkata dia turut berasa terkilan apabila sering menjadi mangsa fitnah netizen tanpa sebarang bukti sahih dan soal selidik tentang sesuatu perkara.

Manusia ini memang banyak jenis dan perangai, ada orang kata saya jawab agak biadap. Habis itu kalau orang yang mula biadap tak akan saya nak diam.

Bila orang tanya saya, saya akan jawab. Tapi kalau diam pun jadi salah. Kalau tak buat apa pun tetap dicop salah, mereka nak apa sebenarnya?

Jauh dalam sudut hati saya, kenapa saya asyik dimaki oleh orang? Adakah akan terus berlaku hingga kiamat, termasuk fitnah yang dilemparkan.

Sedangkan saya tak pernah kacau orang, walaupun ada yang gelakkan kata padan muka dah tak keluar TV. Saya percaya rezeki Allah.

Dalam temu bual sama, Ali atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mendedahkan dia pernah dituduh menggunakan duit haram untuk menjalakan perniagaan sambal petai yang diusahakan.

Satu komen yang paling memberi kesan iaitu ada ayat yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia kepada saya sebagai peniaga, cakap rezeki tak berkat hasil makan duit anak yatim buat modal berniaga.

Ya Allah, kali itu saya tak diam, bila netizen bedal saya mesti bedal dia balik, sampai satu tahap saya mahu berjumpa.

Justeru Ali berharap, mana-mana netizen yang tidak menyukai dirinya agat tidak meninggalkan komen buruk dalam media sosial miliknya.

Saya manusia biasa yang tak lari buat dosa dan pahala, kita bukan malaikat. Kalau kita diuji maknanya Allah sayang.

Saya pelik bila netizen yang menentukan syurga neraka saya. Saya harap netizen di luar sana kalau tak minat saya jangan tengok saya dalam media sosial.

Jangan masuk live saya sedang berniaga dan jangan tinggalkan komen, kerana satu komen itu awak kena jawab di akhirat.

Sumber : 0hbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *