“Tidur terganggu..” Aisyah aziz britahu bertahun lamanya keluarganya sering dikcam orang ramai

ADIK perempuan Aliff Aziz menjadi saksi kepada nasib menimpa ibunya susulan pelbagai kontroversi melanda penyanyi dan pelakon termasuk ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Penyanyi Aisyah Aziz, 30, berkata, terlalu banyak pengorbanan dilakukan oleh ibunya demi keluarga mereka dan mengingati satu persatu tentangnya.

Kata Aisyah lagi, dia juga sedar tidur malam ibunya sering terganggu disebabkan kecaman diterima sejak bertahun-tahun lamanya.

Aliff ibu

Ibu Aliff lalui hari-hari yang mencabar akibat kontroversi anaknya.

“Saya tahu pengorbanan ibu. Saya ingat kesemuanya dan semoga Allah membantu saya untuk tidak melupakannya.

“Kegelisahan lewat malam menerusi panggilan telefon terpaksa ibu tanggung selama bertahun-tahun,” katanya.

Aisyah mendedahkan perkara itu menerusi ruang komen hantaran terbaharu dimuat naik ibunya iaitu Siti Hafiza Basharahil di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Siti Hafiza mendedahkan dia menerima pelbagai kata-kata hinaan netizen baik baik pada dia dan suami serta ahli keluarga yang telah tiada.

Dalam pada itu, Aisyah berkata, dia melihat sendiri ibunya melalui pelbagai ujian dengan tenang serta sabar.

Malah dia juga melihat perubahan Hafiza yang pada awalnya seakan-akan tidak dapat menerima apa berlaku namun cuba berlapang dada.

“Ibu juga membuktikan kepada saya berkali-kali bahawa perubahan bermula daripada kesanggupan dan kesedihan untuk berada dalam ruang yang tidak selesa luar dan dalam kerana Allah dan cinta.

aisyah

Kata-kata Aisyah buat ibunya.

“Ramai percaya mereka tidak boleh berubah kerana kesuntukan masa tetapi saya bertuah kerana dapat menyaksikan perjalanan ibu yang sabar dan penuh keinsafan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Hafiza memuat naik video pendek memperlihatkan Aliff dipercayai berada di Singapura pulang bertemu keluarganya.

Dia juga berdoa agar segala kesulitan dilalui oleh anak lelakinya itu akan berakhir dengan segera.

Tidak hanya itu, Hafiza juga didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya iaitu Bella Astillah.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *