“Sejujurnya saya pun tak tahu..” lama tiada update tentang Ameena, Shakilla Khoriri bersuara

Baru-baru ini, aktres popular, Shakilla Khoriri menerima banyak soalan yang berkaitan dengan keberadaan anaknya, Ameena Sofia setelah lama tiada update tentang anaknya itu yang dikongsikan di media sosial.

Anak sedang dijaga bekas suami

Menjawab kepada persoalan itu, Shakilla berkata anaknya itu sekarang berada di bawah penjagaan bekas suaminya iaitu penyampai radio, Fizi Ali.

Tambahnya pula, dia sendiri juga hanya mengetahui perkembangan tentang anaknya itu melalui hantaran Fizi di media sosial.

Ramai yang tanya kenapa Umi (Shakilla) tak ada update apa-apa fasal Ameena. Ameena okay ke? Sejujurnya Umi pun tak tahu Ameena okay ke tak.

Sebab Ameena masih dengan Daddy dia sejak Jumaat. Sepatutnya semalam Ameena dah balik tapi Umi kasi peluang lama dengan Daddy sampai Jumaat ini.

So bila kalian semua tanya Umi, jawapan Umi adalah, entah. Umi pun tengok update fasal Ameena dekat Instagram Daddy dia je. Selain dari tu, Umi tak tahu sebab tak ada update pun.

Pandai menjaga anak

Pada masa yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mendedahkan dia percaya bekas suaminya itu mampu menjaga anak mereka dengan baik dan menjalani hidup masing-masing dengan harmoni.

Shakilla turut minta didoakan agar mereka bertiga dapat mengekalkan hubungan yang baik demi Ameena.

Harapnya Ameena okay dan sekolah macam biasa. InsyaAllah. Umi percaya Daddy Ameena jaga Ameena the best!

Harapnya Ameena dan Daddy have a great time together. InsyaAllah. Doa yang baik-baik untuk perjalanan kami bertiga dengan kehidupan masing-masing yang lebih baik dan harmoni terutamanya untuk anak kami.

Terdahulu, Shakilla telah membenarkan bekas suaminya itu untuk berjumpa dengan anak mereka selama empat hari bermula pada 1 Mac atas persetujuan kedua belah pihak semasa menghadiri pembicaraan di mahkamah.

Sumber : beaitifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *