“Tak bayar nafkah 3 orang ank dan hutang perniagaan..” Baru saja kawin dengan BCL, sekali kantoi siapa sebenarnya Tiko

SAAT bersedia hidup bersama selebriti popular bernama Bunga Citra Lestari, ketika itulah Tiko Aryawardhana harus sedar bahawa segenap inci kisah silam mahupun apa sahaja yang dirancangnya akan diselongkar peminat.

Kini, satu demi satu kisah silam Tiko, 43, diselongkar media Indonesia dan netizen termasuk kisah perceraiannya dengan wanita bernama Arina Winarto kerana masalah pembayaran nafkah.

Selain itu, talak yang dilafaz oleh Tiko sekitar tahun 2021 itu juga berpunca kerana tiada persefahaman dan kerap berlaku perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan.

Perkara itu dibongkar media Indonesia menerusi laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia.

“Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.

“Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.

“Pemohon dan isteri juga tidak lagi merasakan keharmonisan selain tidak pernah sama sekali menerima sokongan moral daripada Arina,” menurut laporan tersebut.

Hasil perkahwinan dengan Arina pada 26 Jun 2014, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Semalam, Tiko dan BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dalam sebuah majlis tertutup bertempat di hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.

Paling mencuri perhatian ramai ialah kehadiran keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair termausk ibu bapa, Aishah Sinclair, Adam Sinclair dan Yuna.

Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *