“Minggu depan tak siap, korang masuk dalam” Nora Danish ditipu, dah 4 bulan terpaksa tinggal di hotel

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa tidak puas hati apabila kontraktor yang diupah didakwa gagal menyiapkan projek pengubah suaian rumahnya.

‘Memang polis lah jawabnya’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memaklumkan bahawa pengubah suaian rumahnya masih belum disiapkan walaupun bayaran sudah dibuat hampir 90%.

Lock & Store bayar sejak Ogos. Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90%. Sekarang dah masuk bulan April. Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polis lah jawabnya. 

Ujar pelakon berusia 42 tahun itu lagi, sepanjang tempoh pengubah suaian itu, dia dan keluarga telah tinggal di hotel lebih daripada 4 bulan dan seterusnya menetap di rumah ibunya selama 3 bulan.

Salah saya sebab percaya seorang individu yang digelar ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki. Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor yang penipu dan tak berhati perut. 

Semua pakaian kami dalam beg plastik ikea. Kena korek setiap kali nak pakai. Nak start kerja pun susah. Anak-anak tidur sana sini.

Dalam pada itu, Nora berkata dia akan memberi tempoh sehingga minggu hadapan sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua individu tersebut.

Dah cuba reda dan bagi peluang banyak kali. Harap dengan tindakan ini dapat buka mata semua pihak agar berhati-hati lah memilih kawan satu, dan juga kontraktor.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *