“Lepas pergi IPD dia masih tak puashati..” istri tampil dedh perangai sebenar suami

‘Di dalam video tersebut tentang pegawai keselamatan tidak membenarkan rider untuk masuk menghantar barang beliau di lobi utama. Perkara tersebut telah selesai dan kali kedua rider tersebut mendapat arahan daripada penama untuk menghantar barang di lobi utama.

“Telah berlakunya pergaduhan mulut antara security (pengawal keselamatan) dan rider tersebut. Selepas kejadian itu. rider cuba untuk menyerang security tersebut dengan tangan ke leher security itu tetapi saya sempat menghalang dengan menjatuhkan rider tersebut,” ujarnya, dipercayai rakan sekerja pengawal keselamatan terbabit.

Menurut Nazz Hairie lagi, penama wanita yang disebut dalam laporannya turut menyebarkan video kejadian ke Facebook dengan fakta yang didakwanya tidak tepat.

Untuk makluman perkara tersebut telah diselesaikan dengan cara baik antara rider dan security.

NAZZ HAIRIE

“Dalam masa sama, penama itu merakam perbuatan saya dan memasukkan ke dalam Facebook tetapi beliau mengatakan saya yang salah dalam situasi tersebut. Video yang viral adalah tidak benar dan hanya merakam separuh sahaja.

“Untuk makluman perkara tersebut telah diselesaikan dengan cara baik antara rider dan security. Tujuan saya membuat laporan polis adalah covering dan menafikan video tersebut, takut terjadi apa-apa kepada diri saya, keluarga dan risau menjejaskan pekerjaan saya di kemudian hari,” ujarnya lagi.

Salinan laporan polis itu dimuat naik ke laman X pada Sabtu tengah hari dan dia turut berkongsi sekeping foto bersama seorang pemuda, dipercayai rider dalam video tular semalam.

Isteri tampil ceritakan ape yang berlaku

Assalamuallaikum semuanya.

Saya istri dari lelaki blazer merah tu. Disini saya nak meluruskan dan mengklarifikasi kejadian yang sebenarnya. Saya tidak menyebelahi siapapun dan tidak membenarkan perbutan suami saya.

Perempuan ini order dari rider lalamove tu, peraturan dari tower dan TRX ada policy bahawa TIDAK BOLEH ADA MOTOR masuk ke area lobby. Awalnya rider telahpun turun ke loading bay menara IQ. Tapi perempuan ni berkeras rider naik ke lobby. Maka riderpun stop di batas area lobby. Tapi akak ni panggil juga rider masuk ke area lobby. Security dah melarang utk rider stop di area lobby, tapi akak ni tetap panggil rider utk datang ke depan lobby. Perempuan ni dari menara lain, tetapi mengorder penghantran ke menara IQ. Kenapa kalau security sudah menahan rider tersebut, kenapa perempuan ni tidak aproach rider?

Sampai depan lobby, security guard halau lagi rider karena security mengikut SOP dari tower, tapi rider yang pertama kali menarik kolar baju security tersebut. Rider dan perempuan ni berkeras juga utk transaksi di depan lobby which is memang DILARANG untuk motor. Kali kedua Rider menumbuk dan headlock security guard, disitu suami saya menjatuhkan rider dan menahan badan rider karena rider juga ingin melawan dia. Kalau perempuan ni bertanggung jawab sangat, kenapa tak datang ke rider dan tak ambil order tu di tempat sepatutnya?

Husband saya and rider sudahpun bermaafan, berdamai dan settle secara baik, tiada masalah antara suami saya dan rider, tapi pihak yang TIDAK BERTANGGUNG JAWAB menyebarkan video setengah-setengah dan tidak menjelaskan apapun. Terima kasih untuk yang mengata, mengecam dan mengancam. Suami saya dan perempuan itu telah memberi kenyataan kepada IPD, tapi nampak reaksi perempuan ni masih tidak berpuas hati.

Saya tahu solidarity rider sangat baik dan kuat di Malaysia ni.Sekali lagi, kami memohon maaf sebesar-besarnya. Atas abang rider dan semua rider yang ikut merasa tersakiti.

Maaf guna second acc, demi keselamatan keluarga

kami. Sekali lagi kami memohon maaf. Dan Tahniah kepada abang rider tersebut telah naik pangkat dari staf kepada pengurus restaurant fastfood

Sumber : mstar/ obulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *