Lelaki lanyak rider dalam vdeo buat laporan p0lis, bimbang kerjaya terjejas

SEORANG pemuda membuat laporan polis selepas tersebarnya video menunjukkan dia yang memakai blazer merah mengasari seorang rider penghantar makanan pada Jumaat.

Menerusi laporan yang dibuat pada hari sama, pemuda dikenali sebagai Nazz Hairie itu mendakwa dia terpaksa bertindak selepas rider tersebut cuba menyerang seorang pengawal keselamatan di tempat kerjanya.

‘Pada Jumaat lebih kurang 1 tengah hari, semasa saya berada di tempat kerja di Kuala Lumpur, rakan-rakan sekerja memberitahu video saya telah ditularkan di Facebook oleh seorang penama (tidak pasti).

‘Di dalam video tersebut tentang pegawai keselamatan tidak membenarkan rider untuk masuk menghantar barang beliau di lobi utama. Perkara tersebut telah selesai dan kali kedua rider tersebut mendapat arahan daripada penama untuk menghantar barang di lobi utama.

“Telah berlakunya pergaduhan mulut antara security (pengawal keselamatan) dan rider tersebut. Selepas kejadian itu. rider cuba untuk menyerang security tersebut dengan tangan ke leher security itu tetapi saya sempat menghalang dengan menjatuhkan rider tersebut,” ujarnya, dipercayai rakan sekerja pengawal keselamatan terbabit.

Menurut Nazz Hairie lagi, penama wanita yang disebut dalam laporannya turut menyebarkan video kejadian ke Facebook dengan fakta yang didakwanya tidak tepat.

Untuk makluman perkara tersebut telah diselesaikan dengan cara baik antara rider dan security.

NAZZ HAIRIE

“Dalam masa sama, penama itu merakam perbuatan saya dan memasukkan ke dalam Facebook tetapi beliau mengatakan saya yang salah dalam situasi tersebut. Video yang viral adalah tidak benar dan hanya merakam separuh sahaja.

“Untuk makluman perkara tersebut telah diselesaikan dengan cara baik antara rider dan security. Tujuan saya membuat laporan polis adalah covering dan menafikan video tersebut, takut terjadi apa-apa kepada diri saya, keluarga dan risau menjejaskan pekerjaan saya di kemudian hari,” ujarnya lagi.

Salinan laporan polis itu dimuat naik ke laman X pada Sabtu tengah hari dan dia turut berkongsi sekeping foto bersama seorang pemuda, dipercayai rider dalam video tular semalam.

Di ruangan komen, netizen terus menyelar pemuda itu yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Budak tu masih pegang pergelangan tangan dia dan kau boleh senyum-senyum kambing eh lepas bantai orang?

“Tak kisahlah apa justification kau regarding to the case. Tapi kau tak malu ke ‘henyak orang jelas bukan lawan kau, tulis netizen.

Untuk rekod, mStar pada Jumaat melaporkan penularan video menunjukkan pergelutan antara rider penghantar makanan dan pengawal keselamatan.

Difahamkan rider terbabit dihalang daripada memasuki premis oleh pengawal keselamatan bertugas.

Bagaimanapun pelanggan yang memesan penghantaran itu bertegas supaya rider tersebut memasuki bangunan
bagi menyerahkan bungkusan yang dibawa.

Ketika situasi semakin tegang, rider berkenaan didakwa memarahi pengawal keselamatan warga asing sehingga menyebabkan mereka memanggil individu lain bagi mendapatkan bantuan.

Individu yang dipanggil itu dikatakan bertikam lidah dengan rider tersebut sebelum menjadi pergaduhan fizikal.

Menerusi video itu, rider tersebut dilihat tertiarap di atas lantai dan tangannya ditarik ke belakang untuk membataskan pergerakan.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *