“Lebih baik bagi pada artis yang layak..” Ziana Zain rendah diri, berasa belum layak raih gelaran

Penyanyi terkemuka, Ziana Zain menganggap tidak layak untuk digelar Biduanita Negara dan berpendapat lebih ramai tokoh-tokoh senior yang lebih sesuai untuk mendapat gelaran tersebut.

Baru 35 tahun dalam dunia seni

Hal tersebut ekoran hantaran para peminat di laman X yang meminta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga peminat Siti Nurhaliza untuk menobatkan penyanyi nombor satu Malaysia itu sebagai Biduanita Negara.

Selain Siti, Datuk Sheila Majid dan Ziana juga antara nama-nama layak diberi gelaran Biduanita Negara. Namun Ziana berkata dirinya masih baru dalam dunia seni jika dibandingkan dengan artis-artis senior yang mencecah 50 tahun.

Kita ada ramai artis senior yang layak dan mereka sangat bekerja keras. Cuma kurang diberi pendedahan menyebabkan orang tidak nampak usaha mereka.

Saya faham setiap peminat mahu artis kesayangan mereka diberi gelaran itu. Tetapi, mereka kena faham makna gelaran Biduanita Negara.

Beri pada artis yang layak

Selain itu, penyanyi lagu Madah Berhelah ini turut berkata Allahyarham Sharifah Aini merupakan salah seorang contoh anak seni yang terbaik untuk diberi gelaran itu rentetan jasanya dalam dunia seni tersebut.

Biarlah penilaian untuk gelaran itu dibuat mereka yang lebih arif. Allahyarham Sharifah Aini adalah contoh terbaik kerana arwah tiada tolok bandingnya.

Beliau dapat gelaran itu ketika usianya mencecah separuh abad. Lagipun, Allahyarham Sharifah Aini cebur diri dalam bidang seni ketika usianya masih remaja. Jadi, lebih baik kita bagi kepada artis yang layak.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *