“Jangan pandang rendah kesunyian yang lama terpendam” Ruhainies tunjuk gambar sedang bahagia disini

Sejak kebelakangan ini, nama aktres Ruhainies kerap menjadi bualan hangat netizen susulan kontroversi ditangkap berkhalwat bersama aktor Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah pada bulan lalu.

Malah, umum sedia maklum pada ketika ini Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berada di tanah suci mengerjakan umrah sekaligus meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sana.

Ruhainies

Ruhainies

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 32 tahun itu di IG storynya, dia berkongsi sebuah gambar beserta kapsyen telah berjaya tarik perhatian umum.

Dalam perkongsian tersebut, dia memakai jubah serba hitam dan menitipkan kata-kata nasihat kepada orang ramai agar tidak memandang rendah terhadap kesunyian yang sudah lama terpendam.

Ruhainies

“Jangan pandang rendah kesunyian yang lama terpendam,” ujarnya.

Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan suaminya iaitu Aliff Aziz pernah ke rumah Ruhainies lebih lapan kali bahkan terdapat bukti perbualan tidak senonoh antara mereka di dalam kereta.

Apa yang lebih mengejutkan, Aliff Aziz juga dikatakan berlaku curang dengan adik iparnya sendiri iaitu Eriqa Astillah.

Sumber : ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *