Hati siapa yang tidak hncur.. nasib saya cek..” kejadian raya pertama, Fasha Sandha dedh bukti ini

KEGEMBIRAAN menyambut Aidilfitri bertukar duka apabila pelakon Fasha Sandha dan keluarga tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Perlis apabila dijangkiti Cvid-19.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, mereka disahkan positif Cvid-19 selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik ketika dalam perjalanan pulang ke Perlis dari Rembau, Negeri Sembilan selepas berasa tidak sihat.

Pelakon itu memberitahu dia dan keluarga dijangkiti virus berkenaan ketika berada di Rembau dan bersyukur kerana mengambil langkah pencegahan sebelum sampai ke kampungnya.

“Ya benar saya mendapat Cvid-19 di Rembau. Nasiblah saya pergi periksa, kalau tak makanya saya membawa virus ini ke Perlis.

fasha2 – 1

Perancangan beraya di Perlis musnah gara-gara positif Cvid-19.

“Sudahlah di Perlis ada ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah Allah lindung mereka daripada Cvid-19. Ini dugaan raya kami,” katanya.

Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian video yang dibuat, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan 2 ini juga dilihat menangis teresak-esak menahan sedih tidak dapat meraikan hari raya bersama keluarga.

Menurut Fasha, sejak hari raya pertama dia sudah mengalami gejala seperti selesema namun masih meneruskan perjalanan dari kampung suaminya di Rembau untuk pulang ke Perlis.

“Hati siapa yang tidak hancur. Kisahnya sejak raya pertama saya terus bersin tanpa henti. Ingatkan selesema biasa.

“13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti di KL dan sambung perjalanan ke Perlis. Makan rasa tawar dan hati rasa tak sedap.

“Terus pergi ke klinik dan check Cvid-19 sebelum nak jumpa keluarga di Perlis,” ujarnya.

Fasha turut meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran menyambut Aidilfitri biarpun dijangkiti Cvid-19.

fasha1 - 1

Fasha sedih tidak dapat beraya bersama keluarga di Perlis.

Kata Fasha, dia juga ingin memberikan peringatan kepada pengikut di media sosial untuk sentiasa berhati-hati ketika pergi beraya.

“Sedih tak dapat beraya dengan keluarga di Perlis, tetapi saya lagi sedih kerana orang kampung menganggap ini demam biasa.

“Siapa yang keluar beraya masa tengah Cvid-19 ini memang pentingkan diri sendiri. Kau tahu kau tak sihat, tetap nak keluar beraya… Hancur perancangan saya nak beraya dengan keluarga di Perlis.

“Tujuan saya kongsi perkara ini juga untuk memberi peringatan kepada followers saya supaya sentiasa berhati-hati. Pakai pelitup muka dan jangan bersentuhan sangat,” luahnya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *