“Habis kantoi lagi semua bongkar, tersedu2 nak get back” Sarah Yasmine kongsi rakam suara Alif merayu tak mahu ditinggalkan

Sarah Yasmine tampil dalam satu temu bual eksklusif dan menyangkal tuduhan Ruhainies terhadapnya. Menerusi temu bual itu, Sarah berkata Ruhainies ada menuduhnya memasukkan sesuatu dalam minuman Aliff Aziz.

Dituduh masukkan ‘sesuatu dalam minuman Aliff

Ketika ditemu bual, Sarah memasang voice note Ruhainies dihantar oleh aktres itu kepada Chacha Maembong sebelum ini. Ruhainies didengari berkata itu adalah perbualannya dengan Aliff dan mendakwa Sarah memasukkan ‘sesuatu’ ke dalam minuman Aliff agar dia dapat mengambil gambar perbualan Whatsapp yang tular sebelum ini.

Itu perbualan antara I dengan Aliff. I tak tahu minah tu (Sarah) nak hack telefon Aliff macam tu. Perempuan tu (Sarah) ambil telefon Aliff, dia letak something dalam air.”

sarah yasmine

Dia kata saya masukkan barang. Maaf Ruhainies, tidak. Saya dapat perbualan tu sebab minah inilah (merujuk dirinya) yang bersama dia (Aliff) hari-hari.”

“Boleh tak I pula saman you Ruhainies?”

Tegas Sarah, kata-kata Ruhainies itu sememangnya fitnah kerana dia mempunyai bukti bahawa Aliff sendiri ada memberinya keizinan untuk menggunakan telefon bimbit aktor tersebut.

Dengan nada sinis, Sarah persoal semula kepada aktres berusia 32 tahun itu jika dia boleh membalas saman  kepada Ruhainies.

Boleh ke kalau I pula yang nak saman fitnah dekat you? 5 juta juga boleh? Sebab ini memang dah terbukti fitnah.”

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh BOOM! (@boom.malaysia)

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *