“Bulan ogos kita sepakat akhiri perkahwinan sebab..” 10 tahun berkahwin.. Jovian dan Nina umum sah bercerai dedh ape yang berlaku masa live

Pereka fesyen terkenal dan usahawan, Datuk Jovian Mandagie memaklumkan telah bercerai dengan isterinya, Datin Nina Ismail Sabri pada Ogos lalu.

 

Berita tersebut dikongsi sendiri oleh Jovian menerusi hantaran dia Instagramnya hari ini.

Katanya, meskipun bukan lagi hidup sebagai suami isteri, namun mereka berdua akan terus menjadi sahabat baik demi kebahagiaan puteri tunggalnya, Jeanelle Nika Mandagie.

“Sesetengah perkahwinan adalah istimewa dan dibuat untuk kekal seumur hidup, tetapi perkahwinan kami istimewa kerana ia telah berkembang menjadi persahabatan yang akan kekal seumur hidup.

“Pada bulan Ogos, kami saling memutuskan untuk menamatkan perkahwinan 10 tahun kami atas sebab yang kami percaya adalah yang terbaik,” katanya.

Menurut Jovian, dia pada mulanya mahu merahsiakan hal perceraian itu namun, selepas melihat komen orang ramai yang memuji keutuhan rumah tangganya bersama Nina pada siaran langsung di TikTok semalam, menjadikan mereka berdua nekad untuk berterus terang.

“Semalam, kami mengadakan sesi langsung di TikTok dan tersentuh dengan komen-komen menarik tentang kami sebagai pasangan suami isteri.

“Kami merasakan adalah penting untuk kami berkongsi perkara ini dengan anda semua. Walaupun berita ini mungkin tidak dijangka, sila percaya bahawa kami berdua berada di tempat yang baik.

“Apa sahaja yang anda lihat di media sosial kami selama empat bulan yang lalu adalah nyata. Kami tidak mungkin membenci. Terima kasih sekali lagi atas doa dan sokongan anda untuk kami memulakan lembaran baharu yang berasingan,” luahnya

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *