Asbab hari raya, sharnaaz dan Noor Nabila sepakat ambil keputusan bersama

SUDAH menjadi rutin pada hari raya kedua, pelakon Sharnaaz Ahmad akan membawa anak lelakinya iaitu Jebat Jayden pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berkata, dia juga sudah membuat tempahan di Hotel Hard Rock di Pulau Pinang yang merupakan destinasi kegemaran Jebat dan akan menetap selama lima hari di sana.

“Raya pertama saya balik rumah ibu bapa macam biasa manakala keesokan harinya saya akan pulang ke Kuala Lumpur ambil anak dan kembali semula ke Pulau Pinang.

“Jebat suka duduk dekat Hard Rock Hotel sebab kolam renangnya ada pasir dan rancang menginap di situ selama lima hari.

size NP 1 – 2024-04-02T141613.055

Sharnaaz dan Jebat akan beraya bersama pada hari raya kedua di Pulau Pinang.

“Tempahan bilik pun saya sudah buat sejak tahun lepas lagi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, bekas isterinya iaitu Noor Nabila tidak pernah menghalang dia membawa anak mereka pulang ke kampung.

Malah ia sudah jadi satu kebiasaan dan Jebat juga sudah besar untuk membuat pilihan sendiri.

“Saya dan Nabila tak pernah berebut anak tentang nak bawa dia balik raya mana sebab dia pun sudah besar dan tahu buat keputusan.

“Kalau tanya Jebat, sudah tentu nak balik Pulau Pinang! Tak tahu nak kata apa, bab ini saya Alhamdulillah sebab saya dan Nabila cukup sepakat,” ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz berpendapat pasangan bercerai yang sukar mencari titik sepakat tentang hak penjagaan dan lawatan anak adakalanya perlu bergaduh.

Ini kerana kata Sharnaaz, ia sebenarnya menunjukkan seseorang itu prihatin terhadap bekas pasangan dalam mencari keserasian tentang apa terbaik buat anak-anak.

“Sebenarnya gaduh pun bagus untuk cari keserasian, saya bercakap dalam konteks yang sudah bercerai.

size NP 1 - 2024-04-02T141512.465

Sharnaaz syukur dia dan Nabila tak pernah bergaduh isu nak bawa Jebat pulang beraya di mana.

“Bukan minta tapi kadang-kadang gaduh itu untuk tahu apa yang nak diperjuangkan bagi kedua-dua belah pihak.

“Gaduh sebab nak sampaikan apa terbuku dalam hati. Sekali-sekala kena gaduh juga yang berpisah ini supaya nampak mereka ambil berat pada masa sama,” jelasnya.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017, namun bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *