Bapa kepada pelakon Muntazar Ghufran iaitu Ghufran Ghani berkata mereka bakal mengadakan kenduri kesyukuran selepas anaknya itu putus tunang dengan aktres Saidah Kamarudin.
Memetik mStar Online, Ghufran meluahkan rasa syukur anaknya putus tunang dan majlis tersebut bakal diadakan dalam masa terdekat bertujuan untuk memulihkan semangat anaknya.
Sementara itu, Ghufran berkata dia dan isteri sejak dari awal lagi tidak bersetuju dengan pertunangan anaknya itu.
“Saya bersyukur Alhamdulilah dia putus tunang dan harap dia move on, lepas ni saya akan buat majlis doa selamat sebab dia dah putus tunang.
“Majlis doa selamat sebab anak saya sudah putus tunang, isteri dan saya sebenarnya memang tak berapa setuju dengan ikatan pertunangan anak saya ni tapi disebabkan Muntazar terlalu suka jadi kami merelakan.
“Sebab majlis ni dibuat pun untuk bagi anak saya gembira dan tenang, majlis ni mungkin akan dibuat dalam masa terdekat serta dihadiri kawan-kawan terdekat saja,” katanya.
Terdahulu, Saidah mendedahkan punca pertunangannya dengan pelakon Muntazar Gufran putus disebabkan masalah kewangan serta memberitahu bekas tunangnya itu hanya mempunyai RM500 dalam akaun.
Saidah berkata dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka disebabkan aktor berkenaan tiada duit dan belum bersedia untuk berkahwin.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.