“Pemilik dakwa clean tiada gangguan..” pemuda ini siasat rumah baru disewa… Tak sangka ini yang berlaku

PROSES untuk berpindah rumah bukanlah satu urusan mudah, apatah lagi jika ia terpaksa dilakukan sendirian.

Begitulah apa yang perlu dilalui Zaki (bukan nama sebenar) yang berpindah ke rumah sewa baharunya di ibu kota.

Pada hari pertama masuk ke rumah itu, Zaki tertidur kepenatan selepas seharian mengangkat kotak barang-barangnya.

Zaki kemudiannya terbangun pada waktu tengah malam kerana berasa haus.

Ketika berjalan melewati ruang tamu, matanya terpandang ke arah balkoni yang separuh terbuka.

Jantungnya serta-merta berdegup kencang selepas terpandang dengan jelas sosok wanita berpakaian putih dengan tompokan darah sedang berdiri di balkoni.

Zaki yang menggigil ketakutan terus berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu rapat-rapat.

Gangguan rupa-rupanya tidak terhenti di situ. Sebaliknya Zaki dihantui pula dengan bunyi atau suara misteri pada malam-malam berikutnya.

Penyewa perlu membuat beberapa semakan sebelum bersetuju untuk berpindah ke rumah baharu. -Gambar hiasan AI

Ekoran gangguan berterusan, Zaki terpaksa bertanya kepada pemilik rumah sekiranya penyewa sebelum ini turut berdepan gangguan.

Pemilik rumah menafikan rumah tersebut berpenunggu, malah katanya penyewa lama tidak pernah mengadu tentang sebarang kejadian mistik kepadanya.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan tuan rumah, Zaki mula menyiasat sendiri tentang kediaman yang disewa itu.

Seleps berhari-hari membuat carian, Zaki menemui satu posting oleh individu tidak dikenali dalam grup Facebook penduduk pangsapuri itu.

Pemilik posting tidak menyatakan nombor unit, namun berdasarkan ciri-ciri yang disebut, Zaki yakin kisah itu berlaku di rumah yang disewanya.

Menurut individu itu, dia terpaksa berpindah keluar kerana sering diganggu dengan kelibat wanita di dalam rumah sewanya.

Dari situ Zaki mendapat jawapan yang dia bukanlah satu-satunya mangsa gangguan di rumah sewa berkenaan.

Namun, Zaki berfikir dia pastinya akan rugi jika mahu berpindah lagi kerana sudah membayar wang deposit dan mengikat kontrak selama setahun.

Bagi menghentikan gangguan, Zaki terpaksa mendapatkan bantuan seorang ustaz untuk ‘membersihkan’ kediaman itu.

Selepas beberapa sesi rawatan, rumah berkenaan kini lebih tenang tanpa sebarang gangguan.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *