“Patutlah Ruhainies senyum lebar kat mahkmah tadi” Datang berasingan, Ruhainies senyum lebar teruja…

DIKECAM netizen kerana hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar, pelakon Ruhainies menyangkal dakwaan dia tidak sensitif atau terkesan dengan apa yang sedang berlaku.

Sebaliknya, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata dia gembira kerana akhirnya dapat bertemu rakan media selepas lama tidak berjumpa.

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.

Untitled-2

Ruhainies dan Aliff sebelum ini bekerjasama menerusi drama Terjerat.

“Saya bersyukur sebab kalian sudi datang awal pagi untuk prosiding hari ini.

“Mengenai itu (senyum), takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” katanya kepada¬†mStar.

Ruhainies menjawab komen netizen itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Ruhainies turut menafikan dia dan Aliff hadir ke mahkamah bersama-sama.

“Eh kami bukan datang bersama. Kami datang asing cuma waktu masuk mahkamah sahaja sama dan kami parkir berdekatan,” ujarnya.

Untuk info, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *