Nak jadi penyondol tak perlu cantik, cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur – Mimi Lana

Pelakon popular, Mimi Lana atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, menarik perhatian ramai apabila memuat naik status di Instagram yang berkaitan dengan isu orang ketiga atau penyondol, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Mimi berpandangan orang ketiga dalam sesuatu hubungan tidak perlu menjadi cantik sebaliknya hanya memerlukan lelaki yang tidak bersyukur dan tak sedar diri.

Mimi Lana

Instagram will load in the frontend.

“Nak jadi penyondol tak perlu cantik, kurus atau putih. Penyondol cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur, tak guna dan tak sedar diri,” katanya di ruangan kapsyen.

Mimi turut menyertakan lagu “Pudar” dalam hantaran tersebut, dan menggunakan tanda pagar #Andaitiadadia yang merujuk kepada naskhah terbarunya yang sudah ditayangkan di kaca televisyen.

Mimi Lana

Mimi Lana

Ramai setuju dengan Mimi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuklah rakan artis setuju dengan kapsyen yang ditulis oleh pelakon kelahiran Taiping, Perak itu.

Sebelum ini, pelakon filem The Experts itu menyatakan bahawa seorang wanita tidak sepatutnya merebut kebahagian wanita lain untuk kepentingan diri sendiri.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *