Anak hidap kanser, pelakon Amyza Aznan mohon doa orang ramai agar zuriatnya, Andre Mikhail, 19, diberi kesembuhan daripada barah paru-paru tahap tiga.
Menerusi hantaran di Instagram pada Khamis, Amyza, 50, berkata, air daripada paru-paru anak sulungnya itu telah memasuki ke bahagian jantung.
“Assalamualaikum, saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan, anak saya setelah hampir tiga minggu. Sekarang ini anak saya didiagnos kanser paru-paru tahap tiga.
“Air daripada paru-paru sudah masuk ke jantung, paru-paru sebelah kanan sudah collapse,” katanya.
Anak hidap kanser tahap 3, Amyza Aznan mohon doa
Dalam hantaran itu, Amyza turut berkongsi, anaknya sangat tenang dan kuat menerima dugaan yang dihadapi walaupun perlu mendapatkan rawatan serta mengikuti prosedur kesihatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Beliau juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar diberikan kesembuhan kepada anak sulungnya itu.
“Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang, mata tenang dan jururawat pun cakap dia sangat kuat…ALLAH,”tulisnya lagi.
Sebelum ini, Andre dimasukkan ke Hospital Ampang apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian paru-parunya.
Ketika itu dia perlu menunggu keputusan ujian sampel yang dilakukan pihak hospital bagi menentukan penyakit sebenar.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.