“Kenapa tutup jumlah bayaran?” Sekali kantoi jumlah sebenar yang bekas suami bagi setiap bulan

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu menutup jumlah bayaran nafkah yang dikongsikan di media sosial.

Memetik mStar Online, Shuhada berkata Hafidz juga menggabungkan bayaran untuk beberapa bulan dan bukan memberikan nafkah seperti yang telah ditetapkan mahkamah.

 

 

Bagaimanapun, Shuhada berkata dia tetap bertahan untuk membesarkan dua anak mereka, Humairah dan Umar meskipun diberikan nafkah anak hanya RM100 sebulan.

 

“Bab nafkah, saya nak tanya satu transaksi untuk tiga bulan. Kenap tutup jumlah bayaran? Kenapa nak kena gabungkan bulan?

“Lepas tu bayar satu kali sahaja? RM100 sahaja, setiap kali bayar RM100 sebab itu saya menggila, macam mana saya nak survive?” katanya.

Sementara itu, Shuhada berkata dia berharap bekas suaminya itu menerima balasan daripada Allah serta berterima kasih kepada Hafidz dengan gelaran janda diberikan kepadanya.

“Saya cuma nak cakap di atas dunia ini kalau saya balas, hanya seguris sahaja dekat hati dia tapi tiada gunanya. Jadi saya serahkan segalanya kepada Allah untuk membalas semuanya. Semoga dia hidup bahagia. Terima kasih kerana jandakan saya dan letak muka saya jadi anjing,” katanya.

Semalam, Hafidz dilihat ada memuat naik kenyataan meminta bekas isteirnya itu menunjukkan bukti dia menyebarkan dokumen mahkamah serta menggelar ibu kepada dua anaknya itu sebagai janda penfitnah dan janda penipu.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *