“Kemunculan Bella Astillah dan Muaz Zabir” Bella Astillah dan Muaz zabir disatukan? Sekali reaksi Bella buat ramai setuju

PELAKON Bella Astillah dan Muaz Zabir bertentang mata buat kali pertama selepas isu membabitkan mereka hangat diperkatakan sejak April lalu.

Bella dan Muaz dipertemukan bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Leha Leya Lawa di Karnival Jom Heboh yang diadakan di Dataran MITC Melaka pada Sabtu.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram TV3 Malaysia memaparkan Bella dan Muaz sempat bermain permainan bersama peminat bertuah bagi memeriahkan acara tersebut.

Snapinsta.app_449488059_18450471838053262_588261703791140144_n_1024

Bella dan Muaz dilihat bertentang mata pertama kali selepas isu mereka reda.

Mereka juga dilihat tenang dan profesional dalam menghiburkan pengunjung yang hadir ke acara berkenaan.

Pertemuan pertama kali itu disambut baik peminat yang rata-rata teruja melihat mereka namun berharap ia tidak menyakiti mana-mana pihak.

“Tiba-tiba rasa nak senyum tengok dia orang berdua. Nampak macam malu-malu masing-masing.

“Bella layak untuk bahagia, harap tak adalah yang tersakiti!

“Ada yang panas bukan api tapi hati. Sepadan!,” antara komen netizen.

Pada 3 April lalu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, didakwa mempunyai hubungan dengan Muaz selepas seorang pengguna TikTok memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan dan foto mesra mereka.

Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.

Susulan itu, Bella menjelaskan hubungan yang terjalin di antaranya dengan Muaz hanya sekadar rekaan untuk membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz berasa cemburu.

 

2632580

Kontroversi Bella dan Muaz pernah hangatkan dunia hiburan.

Jelas Bella, foto dan perbualan yang tersebar itu dibuat ketika Aliff berlaku curang dengan dua orang wanita lain yang enggan disebut namanya.

Untuk rekod, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu susulan pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Pasangan ini juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *