Pelawak dan pelakon, Achey dedah isterinya, Nor Hasanah Yahaya pernah menyerahkan tiga bulan gaji bekerja sebagai tukang cuci demi membantunya ketika menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memberitahu Hasanah telah banyak menguruskan hal berkaitan rumah tangga ketika ketiadaannya sehingga sanggup kerja sebagai tukang cuci di bank untuk membayar hutang.
Anggota kumpulan Bocey itu berkata demikian ketika menjadi tetamu undangan dalam Dol’s Podcast, baru-baru ini.
Achey dedah
“Masa aku dapat Bintang Mencari Bintang, bengkel memang terbiar sebab orang nak air tangan aku. Orang rumah aku uruskan, dia membayar sewa sampai satu tahap dia tak boleh bayar sewa dan deal dengan tauke untuk tangguhkan selepas tiga bulan.
“Dia dah buntu sampai kerja sebagai tukang cuci dekat CIMB Labis, mula-mula tanpa pengetahuan aku tapi bila dapat tahu aku jadi sedih.
“Dia buat macam sebab tak nak orang keji aku, tak ada duit,” katanya.
Apa yang lebih menyayat hati, Hasanah tidak pernah menggunakan duit hasil titik peluhnya selama tiga bulan dan memberikan kesemua gaji tersebut kepada suaminya.
“Dia tak guna satu sen pun duit gaji selama tiga bulan untuk diri sendiri, pergi kerja naik motor duit minyak mak mentua aku akan bagi. Duit gaji memang semua dia bagi dekat aku.
“Sekarang bila orang menindakkan orang rumah aku, kata-kata kesat berkaitan anak dan orang rumah aku didakwa mengambil kesempatan terhadap aku dah berjaya,” ujarnya lagi.
Achey dedah
Disebabkan itulah, Achey tidak kisah dituduh menunggang atas nama isteri kerana dia mahu orang ramai mendoakan Hasanah yang telah banyak berkorban demi keluarga tersayang.
“Kalau orang cakap aku menunggang nama isteri aku, ya memang aku menunggang sebab aku sahaja ada keistimewaan tersebut.
“Kalau aku tak buat macam ni, siapa nak ingat dia? Aku nak nama dia perlu diwar-warkan supaya orang tahu, orang akan mendoakan dia,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada tahun 2018 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.