ISTERIĀ kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh bengang terhadap suaminya yang didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Menurut Fara, selama berada di hospital Shuk sama sekali tidak pernah melawat, malah dia mendedahkan sering menerima provokasi daripada suaminya itu.
“Tak pernah nampak batang hidup selama saya masuk wad, tak tanya khabar.
Fara dedah keburukkan Shuk ketika dia sedang hamil.
“Berhenti buat provokasi menggunakan telefon orang gaji, saya sudah lama diam dan pendam.
“Awak tak nak tanggungjawab awak diam, sepatutnya beri sokongan mental bukannya tengking dan bentak saya,” katanya.
Fara mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Selasa.
Bercakap mengenai pengabaian tanggungjawab, Fara reda untuk mencari pendapatan sendiri jika Shuk enggan menyalurkan duit buat keperluan anak dan bersalin.
Tidak gentar kehilangan suami, dedah Fara ketika mereka bercuti bersama di Paris Shuk telah menghina anak yang berada dalam rahimnya.
“Insya-Allah saya boleh cari duit sendiri untuk sediakan barang anak dan bersalin nanti. Masa di Paris pun awak hina saya.
“Saya tak takut hilang awak, berseronoklah hidup dengan kawan-kawan ya,” jelasnya.
Sementara itu, Fara juga memberi bayangan akan membawa perkara ini ke mahkamah tidak lama lagi.
Saya tak takut hilang awak, berseronoklah hidup dengan kawan-kawan ya.
FARA SALLEH
ISTERI SHUK SAHAR
“Mohon beri kerjasama dekat mahkamah nanti,” ujarnya.
Usaha mStar cuba mendapatkan kenyataan Fara berhubung perkara berkenaan gagal selepas panggilan dibuat tidak dijawab.
Tahun lalu Fara mengaku ada meminta cerai daripada Shuk kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.
Fara dedah Shuk menghinanya.
Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.