“Cukup buat belanja setahun” Prince Syed beri nafkah istri RM500K buat ramai yang terkedu

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menjadi perhatian warganet setelah memberi wang nafkah bulanan kepada isterinya Fatin Syazwani.

Nafkah wang tunai RM500K

Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif, menunjukkan dirinya menyediakan wang tunai sebanyak RM500,000 bagi perbelanjaan harian untuk isterinya yang tercinta itu.

“Salam RM500K. Cukuplah untuk perbelanjaan buat isteri nak beli takoyaki, waffle dan pad setahun. Paling penting mencari rezeki halal buat keluarga,” kata Syed menerusi muat naik video di media sosial baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Syed juga menunjukkan barangan kemas yang dibeli untuk Fatin dan tidak menafikan dirinya tidak menang tangan mengurus harta kekayaan yang dimiliki oleh mereka berdua.

“Tengah kira semua sampai tak menang tangan. Ada kuaci ada mashmelow ada gula-gula (emas) ada semualah.
“Rasa macam esok nak makan cucur udang dekat London, kita pula rasa macam tak boleh nak makan makanan biasa-biasa, maaf ya,” ujarnya sambil berseloroh.

Sementara itu, Syed memberitahu semua barangan kemas yang dibeli adalah asli dan bukan tiruan hanya kerana ingin dipamerkan di media sosial.

Usahawan bisnes laksa berkenaan sempat memuji penampilan isterinya yang dikatakan begitu cantik meskipun sudah berusia, ditambah pula apabila menggayakan barangan jenama mewah.

“Cantiknya isteri abang, makin tua makin cantik.
“Penampilan sayang hari ini baju coklat, bag Dior warna coklat  yang penting asli bukan palsu. Kasut pun warna coklat daripada FR KL dan aksesori Swarovski asli, memang meletop,” tambahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet mencemuh tindakan pempengaruh terbabit kerana dilihat semakin riak dengan kekayaan yang dimiliki.

Malah ada juga netizen mendakwa wang tersebut adalah palsu hanya digunakan bagi tujuan ‘content’ sahaja.

Sewa duit siapa tu?

Jangan suka menunjuk sangat

Orang kaya tak tunjuk harta

Terdahulu, Prince Syed pernah ditegur oleh pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun kerana pemakain isterinya yang dlihat begitu mencolok mata biarpun menutup aurat sehingga tular di laman sosial.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *