ISTERI kepada Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri menyenaraikan 10 alasan dia mahu bercerai dengan aktor tersebut ketika sebutan kes tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
Peguam mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim menjelaskan semua alasan dikemukakan disifatkan sebagai kritikal yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
Bagaimanapun Yazid tidak dapat mendedahkan semua alasan tersebut kerana ia boleh mengaibkan Hidayah.
Kesemua alasan itu diserahkan kepada Hakim Syarie Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh yang mendengar kes tersebut.
Hidayah nekad berpisah dengan suami.
“Sebab yang kami berikan adalah paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Ia sudah lama berlaku dan patut diselesaikan sejak dulu lagi.
“Ada 10 dakwaan terhadap Edika termasuk yang mencemarkan maruahnya sebagai isteri,” katanya kepada mStar.
Yazid menjelaskan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas prosiding permohonan cerai pasangan berkenaan selesai.
Dalam pada itu, Yazid menegaskan Hidayah sudah lama bertahan dengan semua kemelut rumah tangga mereka demi menjaga maruah keluarga.
“Hidayah bermurah hati mahu menjaga maruah keluarga selama ini. Baru sekarang dia ada kerelaan hati memfailkan cerai.
“Kalau saya bentangkan di sini, ia akan mencemarkan maruah Hidayah sebagai isteri,” katanya.
Berikutan itu, Yazid berkata tindakan Hidayah memfailkan cerai adalah tindakan wajar apatah anak-anak pasangan itu turut menjadi saksi.
Edika dan isteri sudah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun.
“Dakwaan ini semua disaksikan oleh anaknya dan menyokong dakwaan Hidayah.
“Jadi ketidaksefahaman adalah hanya ‘surface’ sahaja, ada sembilan dakwaan yang kritikal lagi,” katanya.
Pada Rabu, berlangsungnya sebutan kedua bagi kes permohonan cerai Hidayah yang dibuat pada pertengahan Februari lalu.
Makhamah kemudiannya menetapkan 5 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.