“Aku yakin ia kemaIuan lelaki” badan pula ditindih.. wanita ini rasa sesuatu masuk dalam badan ketika tidur

RAMAI dalam kalangan kita yang mempunyai pengalaman ‘ditindih’ makhluk halus ketika tidur.

Di sebalik penjelasan sains mengenai situasi itu, ramai yang percaya ia sememangnya satu bentuk gangguan mistik.

Di platform X, seorang wanita turut tular selepas mendakwa dia pernah mengalami gangguan pelik ketika tidur.

Gangguan mistik biasanya berlaku ketika kita sendirian di rumah. -Gambar hiasan

Dakwa wanita berkenaan, dia berdepan detik yang aneh itu ketika tidur tanpa seurat benang di kediamannya.

“Aku tidur bogel masa usia 20-an dulu. Aku sendirian di apartment. Kemudian aku rasa ada benda tindih aku. Rasa lengan kanan dipegang dan dimasukkan ‘sesuatu’ ke dalam faraj.

“Aku yakin ia kemaluan lelaki. Tapi apabila buka mata, aku hanya sendirian di atas katil,” tulis wanita itu.

Sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar daripada tidur.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Jelasnya, kejadian itu membuatkan dia serik untuk tidur dalam keadaan berbogel di rumahnya.

“Sejak itu, saya dah tak tidur berbogel dan sekurang-kurangnya pakai seluar dalam kalau rumah panas sangat,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan kejadian serupa

“Ramai komen kecam sebab tak pernah kena. Benda memang boleh berlaku. Tak percaya tanya ustaz. Jin tu pun mahkluk juga.

“Sama macam kawan perempuan aku. Lawa, baik, sopan. Dia selalu cerita kena rogol dengan hantu.

“Tak tahulah orang percaya ke tak sebab (saya) pernah alami benda sama juga.

“Benda ni adalah fenomena yang saya pilih untuk terima secara saintifik dan mistik,” tulis netizen.

Jika panas sekali pun, kita tidak digalakkan untuk tidur berbogel. -Gambar hiasan

Namun, ramai juga yang mengecam wanita itu memandangkan fenomena tersebut sudah dijelaskan secara perubatan.

“Itu sleep paralysis. Tidur secara terlentang boleh meningkatkan peluang untuk kena.

“Kesian jin difitnah, ini content bodoh,” selar seorang lagi netizen.

Menurut laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia, sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar daripada tidur.

Ia berlaku kerana otot badan masih lagi dalam keadaan tidur walaupun otak sudah terjaga, sekali gus menyebabkan seseorang tidak mampu bergerak dan bersuara.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *