Pelakon Datin Intan Najuwa reda apabila menerima teguran daripada segelintir individu berhubung minum air sejuk selepas lebih sebulan melahirkan anak secara pembedahan caesar (czer).
Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, air sejuk yang diminum akan bertukar mengikut suhu badan dan tidak akan menjejaskan kesihatan ibu terutamanya selepas melahirkan anak.
Pelakon drama Racun Raihana itu menjelaskan perkara tersebut ketika membalas komen seorang wanita dalam sebuah hantaran di laman Instagramnya.
Intan Najuwa reda
“Air sejuk kalau masuk badan akan tukar kepada suhu badan kak, kalau masuk perut insya-Allah tak sejuk perut akak,” balasnya.
Malah, Intan sempat berseloroh mahu menjadi kucing memandangkan setiap tindakannya kerap disalah ertikan oleh segelintir netizen.
Intan Najuwa reda
“Mak aku pantang tak minum ais”, “jiran aku pantang tak sentuh ais”, “nenek aku pantang minum itu ini,” Ha apa lagi? Aku lah redha jela, aku jadi kucing jela senang.
“Gara-gara saya minum ais, sekarang saya jadi kucing dah. Semoga puas hati makcik,” ujar Intan.
Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu. Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.