Lepas kahwin auto tak berkawan… Wanita ini sedih tiada undangan open house, kalau anjur tak siapa sudi hadir

KESIBUKAN menguruskan rumah tangga adakalanya membuatkan wanita bergelar isteri dan ibu terasing dalam dunia sendiri dan tidak mempunyai masa untuk bersosial.

Boleh dikatakan, kehidupan mereka terutama suri rumah sepenuh masa berubah sepenuhnya berbanding zaman bujang kerana perlu memberi tumpuan terhadap keluarga.

Malah, ada yang mengakui mereka ‘hilang’ kawan kerana tidak lagi mempunyai masa untuk berjumpa atau berkomunikasi seperti dahulu, sebagaimana situasi sedang dialami oleh wanita ini.

Kesibukan menguruskan rumah tangga membuatkan suri rumah tidak mempunyai masa untuk bersosial. -Gambar hiasan

Berkongsi luahan di laman sosial, wanita tersebut mengakui hatinya terusik apabila melihat perkongsian warga maya memenuhi jemputan dan menganjurkan majlis rumah terbuka untuk bertemu rakan-rakan.

“Seronok tengok orang post pergi open house sana, open house sini. Jumpa kawan-kawan, berkumpul ramai-ramai.

“Sedangkan saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang tak ada kawan hanya mampu melihat je la. Tak ada jemputan, tak ada kawan-kawan,” luahnya.

Bukan tidak teringin untuk cuba ‘keluar’ daripada kehidupan yang sunyi itu, namun ujarnya, dia seperti sudah dapat menjangka situasi yang akan berlaku jika menganjurkan rumah terbuka.

“Kalau nak buat open house pun tak tahu nak ajak siapa sebab tak ada kawan.

“Kalau ajak pun mungkin tak kan datang sebab saya ni bukan siapa-siapa pun,” tulisnya lagi.

Awak boleh je buat open house ajak kawan-kawan anak.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan dan tampil memberi pelbagai saranan serta kata-kata semangat agar dia tidak berasa keseorangan.

“Saya suri rumah juga tapi pergi je kenduri dan open house dengan suami. Kawan-kawan suamilah kawan-kawan saya. Dekat sini kami tak ada saudara mara. Merantau jauh. Awak boleh je buat open house ajak kawan-kawan anak.

Antara reaksi yang dilontarkan netizen.

“Sis boleh je kenal dengan mana-mana stay-at-home-mom yang bekerja dari rumah juga. Join communities mereka.

“Saya pun housewife juga. Tapi sebelum ni dah create community housewife dekat WhatsApp sampai sekarang boleh gathering together! Kalau nak saya buatkan lagi satu community nak?” demikian antara komen netizen.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *