Menjelang hari pernikahan, pelakon Wanna Ali ikut petua ibu bagi meneruskan keunikan tradisi yang masih diamalkan dalam keluarganya sebelum bertukar status sebagai isteri orang, esok.
Detik bermakna itu turut dikongsikan oleh pihak Nona menerusi sebuah video istimewa upacara bersiram Wanna atau nama sebenar Nor Syazwana Mohd Ali, 28, di platform TikTok.
Wanna Ali ikut petua ibu
Lebih bermakna, ibu Wanna yang juga penerbit iaitu Datuk Ayu Puteh sendiri berkongsi keunikan tradisi bersiram yang masih diamalkan keluarga mereka.
Menurut Ayu Puteh, upacara bersiram adalah penting buat bakal pengantin bagi mendapatkan aura positif.
“Saya sendiri dulu pun banyak kali kahwin tetap mandi bunga.
“Kalau mandi bunga, memang kena pagi, tak boleh bila matahari sudah naik, itu pantangnya. Semua termasuk bunga kena sediakan lepas subuh.
“Bunga pula mesti ada tujuh jenis termasuk mawar, lili dan yang wangi-wangi untuk diletakkan dalam tempayan,” katanya.
Ayu berkata, meskipun reda dengan keputusan puterinya, namun beliau tidak menafikan perasaan berat hati untuk melepaskan Wanna kepada lelaki pilihannya.
Bagaimanapun, Ayu percaya bakal menantunya, Khairil Amri itu akan menjaga anaknya dengan baik.
“Semua orang akan sedih bila anak nak kahwin sebab kita jaga dari kecil, tatang bagai minyak yang penuh.
“Bukan mudah untuk dilepaskan, tapi saya reda sebab yakin bakal suaminya boleh jaga dia.
“Kita doa yang baik-baik untuk anak sebab doa ibu memang Allah dengar. Saya cuma berharap anak saya tak lupakan saya dan sentiasa ingat saya masih ada,” ujarnya.
Terdahulu, Wanna Ali mengakui sudah bertunang dengan pilihan hatinya ada 9 November tahun lalu. Bagaimanapun, pelakon itu berkongsi berita gembira kepada umum pada 2 Februari lalu.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.