“Pengalaman paling indah sepanjang hidup saya” Pengacara dipeluk Lisa blackpink dedh ini yang terjadi

DUNIA hiburan Indonesia kecoh selepas pengacara Indra Herlambang dipeluk Lisa ketika anggota kumpulan Blackpink itu hadir ke acara bertemu peminat di Stadium Antarabangsa Beach City di Jakarta pada malam Sabtu.

Indra atau Indra Herlambang, 48, yang bertindak sebagai pengacara acara itu menganggap pengalaman dipeluk oleh salah seorang bintang terkenal dunia paling indah dalam hidupnya.

“Semua orang, saya dipeluk Lisa!

Untitled design (11)

Indra teruja dapat bertemu Lisa secara peribadi.

“Saya tak berbohong kalau hari ini adalah salah satu hari terbaik dalam hidup saya,” tulisnya menerusi hantaran di platform X.

Dalam pada itu, sebagai peminat tegar Blackpink Indra turut meluahkan rasa syukur dapat bertemu Lisa secara peribadi.

Malah Indra meluahkan rasa kagum dengan sikap ramah dan mesra Lisa sehingga membuatkan pertemuan itu lebih berharga.

“Dapat bertemu Lisa secara peribadi pun sudah cukup seronok apatah lagi merasai kebaikannya,” katanya.

Sementara itu, rata-rata peminat berterima kasih kepada Indra kerana berjaya membuatkan Lisa berasa selesa sepanjang berada di Jakarta.

Ramai berasa kagum dengan kebolehannya mengendalikan acara besar bersama bintang terkenal seperti Lisa.

“Terima kasih sangat-sangat kerana membuat Lisa selesa. Dia betul-betul gembira semalam di Jakarta.

“Awaklah pengacara yang hebat. Lisa sangat beruntung,” komen netizen.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *