Pelakon Meerqeen mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berseloroh mengenai status perkahwinannya ketika menjadi tetamu dalam podcast Studio Sembang yang dikendalikan pelakon dan pengacara Amelia Henderson.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, secara tiba-tiba mendakwa dirinya pernah mendirikan rumah tangga sehingga membuatkan Amelia kelihatan terkejut.
Meerqeen Dakwa Dirinya Pernah Berkahwin
Menerusi sedutan podcast berkenaan, Meerqeen dengan bersahaja mengajukan soalan kepada Amelia mengenai status perkahwinannya.

“Awak tahu tak saya pernah kahwin, awak tahu tak? Sumpah, sumpah, dua tahun (sudah berkahwin),” katanya.
Mendengar kenyataan tersebut, Amelia dilihat seolah-olah tidak percaya dengan pendedahan yang dibuat oleh pelakon drama The Hidden Hand itu.
“Sebenarnya Saya Kahwin Dalam…”
Bagaimanapun, Meerqeen tidak membiarkan Amelia tertanya-tanya terlalu lama apabila segera menjelaskan maksud sebenar kenyataannya.
“Saya kahwin dalam drama,” selorohnya.
Penjelasan itu sekali gus membongkar bahawa perkahwinan yang dimaksudkan hanyalah sebahagian daripada jalan cerita dalam drama lakonannya, bukannya perkahwinan sebenar.
Gurauan spontan Meerqeen tersebut ternyata berjaya mencetuskan suasana lucu dalam perbualannya bersama Amelia.
Netizen Terhibur Dengan Gurauan Meerqeen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang menonton sedutan podcast berkenaan terhibur dengan cara Meerqeen menyampaikan gurauan tersebut.
Malah, reaksi terkejut Amelia turut menjadi antara perkara yang menarik perhatian penonton.
Gelagat Meerqeen itu sekali lagi memperlihatkan sisi bersahaja pelakon berkenaan ketika berbual di luar suasana penggambaran.
Sumber: beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
