Hiburan

“Mahal nak mamp+s” teruk betul, macam tu je orang buat dekat ‘doorgift’ majlis kahwin Bella dengan YB

Majlis perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon Bella Astillah sekali lagi menjadi perhatian apabila cenderahati atau doorgift daripada majlis pasangan itu didakwa dijual semula di platform jual beli dalam talian.

Menerusi perkongsian tular di Threads, seorang individu dipercayai menawarkan cenderahati perkahwinan pasangan berkenaan di Carousell pada harga RM350.

Doorgift Perkahwinan Ditawarkan Pada Harga RM350

Perkongsian tersebut mencuri perhatian selepas memaparkan dakwaan bahawa barangan yang diberikan kepada tetamu sebagai tanda penghargaan sempena majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella telah disenaraikan untuk dijual.

Apa yang menjadi persoalan ialah harga RM350 yang diletakkan pada cenderahati berkenaan.

Seorang pengguna Threads turut meluahkan rasa hairan dengan tindakan tersebut.

“Doorgift Syed Saddiq dan Bella Astillah pun nak jual ke? Tak faham,” tulisnya.
Tindakan Jual Semula Cenderahati Jadi Persoalan

Hantaran itu sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai tindakan menjual semula barangan yang asalnya diberikan sebagai cenderahati kepada tetamu majlis perkahwinan.

Walaupun barangan tersebut merupakan pemberian kepada tetamu, tindakan menawarkannya untuk dijual pada harga ratusan ringgit menarik perhatian pengguna media sosial.

Bagaimanapun, identiti sebenar individu yang didakwa menjual barangan tersebut serta sama ada cenderahati berkenaan berjaya dijual pada harga ditawarkan masih belum dapat dipastikan.

Syed Saddiq Dan Bella Bernikah Pada 10 Oktober, Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, pada 10 Oktober lalu.

Majlis perkahwinan pasangan itu sebelum ini mendapat perhatian ramai, termasuk dalam kalangan peminat yang mengikuti perkembangan hubungan mereka.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016 sebelum bercerai pada Mei 2019.

Pasangan tersebut kemudian kembali rujuk, namun berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan terdahulu, Bella dikurniakan dua cahaya mata, Ayden dan Ara Adreanna.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.