Hiburan

“Jangan bagi ‘silent treatment’ bagi mereka yang dah cuba yang terbaik” muat naik status ‘kejm’, dah putus ke Vida dengan Fazley?

Usahawan dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan pendekatan ‘silent treatment’ terhadap pasangan atau individu yang sudah berusaha memberikan yang terbaik dalam sesebuah hubungan.

Menerusi Threads, Fazley turut berkongsi foto yang menerangkan maksud ‘silent treatment’ sebelum menitipkan pesanan kepada pengikutnya.

“Sekadar ingatan untuk semua, jangan sesekali bagi ‘silent treatment’ pada mereka yang telah berusaha memberi yang terbaik di dalam segala-galanya,” tulisnya.
Menurut Fazley, tindakan mendiamkan seseorang tanpa sebab yang munasabah boleh memberi kesan emosi yang mendalam kepada individu berkenaan.

“Ia perkara paling kejam dan menyakitkan yang seseorang tidak sepatutnya lalui, terutama apabila tanpa ada sebab yang munasabah,” katanya lagi.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.