Viral

“MOH takkan diam je kot” sebulan berlalu, Flying Doctor minta KKM jangan membisu isu pampasan

Isu kebajikan waris mangsa tragedi helikopter Flying Doctor Service (FDS) di Sarawak kembali hangat diperkatakan selepas seorang isteri mangsa, menerusi akaun media sosialnya, meluahkan kekecewaan mendalam terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak kerajaan.

Di Mana Tanggungjawab MOH?
Waris tersebut menyelar sikap berdiam diri KKM dan kerajaan pusat yang dilihat seolah-olah melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat pengendali helikopter, Layang Layang Aerospace. Dalam satu hantaran yang tular, beliau mempersoalkan peranan KKM dalam menjaga kebajikan petugas kesihatan yang terkorban semasa menjalankan tugas rasmi.

 

Kekesalan beliau semakin memuncak apabila terdapat pihak yang membanding-bandingkan situasi suaminya dengan petugas KKM yang lain.

Beliau menegaskan keadilan harus diberikan kepada semua yang terlibat dalam tragedi itu, tanpa mengira status pelantikan mereka, memandangkan mereka semua bertugas demi rakyat

Barang-Barang Mangsa Sukar Dikembalikan
Selain isu pampasan, waris juga menghadapi kesukaran dalam urusan pengambilan semula barang peribadi milik arwah suami mereka yang kini berada dalam simpanan pihak polis.

Ketidakpastian mengenai bila barang-barang tersebut akan dipulangkan telah menambah beban emosi mereka.
Luahan ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib waris dan mendesak KKM serta kerajaan memberikan penjelasan serta sokongan yang sewajarnya.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.