Selepas mencatat rekod baharu menerusi jualan Sambal Nyet Bilis, usahawan Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian selepas salah seorang rakan baiknya memuat naik foto dirinya sedang bekerja.
Menerusi perkongsian di Threads, rakan yang dikenali sebagai @kemeyyhakim itu memberi respons selepas seorang netizen menyangka Khairul sedang berehat di atas katil sambil membalas maklum balas pelanggan susulan kejayaan produknya.
Menafikan perkara tersebut, lelaki berkenaan berkata Khairul kini sedang memulakan projek baharu dan meminta orang ramai supaya menyuruhnya berehat.
“Bukan. Ni dia baru start project baru pulak. Tolong suruh dia rehat,” tulisnya.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dengan rata-rata kagum melihat sikap dedikasi dan kerajinan yang ditunjukkan Khairul.
Malah, ada yang memintanya supaya menjaga kesihatan selain berseloroh agar Khairul meluangkan masa untuk bercinta.
Terdahulu, Khairul Aming mencatat jualan sebanyak RM2 juta dalam tempoh kurang dua minit menerusi platform TikTok ketika melancarkan produk terbaharunya.
Pencapaian tersebut dikongsikan menerusi sesi TikTok Live di akaun TikTok Shop Malaysia yang berlangsung dari Menara Merdeka Maybank, sebelum ini dikenali sebagai Merdeka 118, yang menjadi lokasi pelancaran produk berkenaan.
Lebih mengejutkan, Sambal Nyet Bilis dilaporkan habis terjual dalam tempoh kira-kira satu minit, manakala sesi siaran langsung tersebut berjaya menarik hampir 400,000 penonton.
Sumber: gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
