Hiburan

“Silap-silap kalau dia…” Atikah Suhaime seloroh ada sebab Zaitun tak ambil Khairul Aming buat live

Penjualan Sambal Nyet Bilis oleh usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian apabila produk tersebut dilaporkan habis terjual dalam tempoh kira-kira satu minit.

Rekod baru itu turut mendapat perhatian pelakon Datin Atikah Suhaime yang sempat berseloroh mengenai ‘kuasa menjual’ Khairul Aming menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut Atikah, ada sebab mengapa jenama Zaitun tidak mengambil Khairul Aming untuk mengendalikan sesi siaran langsung bagi mempromosikan produk mereka.

“Ada sebab kenapa Zaitun tak ambil Khairul Aming untuk live Zaitun. Silap-silap kalau dia jual, habis lesap semua ubat gigi dengan body wash.

“Dah lah kita struggle untuk restock semula. Ambil masa lama untuk restock,” tulisnya secara berseloroh.

Gurauan Atikah itu turut mengundang reaksi wargamaya yang menyifatkan kebolehan Khairul Aming dalam mempromosikan sesuatu produk sememangnya sukar ditandingi.

Lebih-lebih lagi selepas Sambal Nyet Bilis sekali lagi mencatatkan jualan luar biasa apabila stoknya licin dalam tempoh sekitar satu minit.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.