Hati ibu bapa mana yang tidak hancur apabila 13 tahun tunggu zuriat sendiri mendapat khabar memilukan apabila bayi mereka meninggal dunia selepas lima hari dihantar ke taska.
Memetik laporan dari Berita Harian, bayi berusia 8 bulan maut dalam keadaan menyayat hati di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) Taman Kelemak Utama, Alor Gajah.
Cuti isteri hampir tamat, hantar ke taska sebelum masuk kerja
Menurut bapa mangsa, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur memaklumkan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang merupakan seorang guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun sebagai usaha mendapatkan cahaya mata.
Ujarnya, dia dan isteri terpaksa menghantar anak mereka, Muhammad Al Fateh Fikry Amri ke taska berikutan cuti isterinya hampir tamat.
“Baru hantar lima hari sebab cuti isteri hampir habis,” katanya.
13 tahun tunggu zuriat, isteri ambil cuti setahun tanpa gaji demi jaga bayi
Fikri yang menjalani perkahwinan jarak jauh (PJJ) menyatakan yang dia akan pulang ke Melaka pada Sabtu dan Ahad setiap minggu memandangkan bertugas di Kem Sungai Besi.
Jelasnya, pada pagi sebelum anak mereka meninggal dunia, dia ada membuat panggilan video dan melihat keadaannya sihat.
Pagi sebelum kejadian saya tengok video dia sihat sebelum dimaklumkan berita sedih itu.
Lebih memilukan ibunya terpaksa membawa sendiri bayi ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan keadaan mulut berdarah dan muka biru,” ujarnya.
13 tahun tunggu zuriat, tahu2 rakaman cctv lihat pengasuh lakukan kekerasan
Apa yang membuatkan Fikri tidak dapat menerima pemergian anak tunggalnya itu adalah tindakan pengasuh yang dipercayai melakukan kekerasan kepada zuriatnya susulan melihat semula rakaman kamera litar tertutup taska tersebut.
“Pengasuh bedung anak saya, dia sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup muka dengan bantal.
“Memang saya terkejut (apabila diberitahu)… namun, apabila melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) saya memang tidak percaya.
“Saya sendiri tengok dengan polis. Berdasarkan rakaman kejadian berlaku dalam sekitar jam 8 pagi,” jelasnya.
Ujarnya, dia boleh menerima jika kematian anaknya disebabkan tersedak susu kerana kejadian seperti itu berlaku di luar jangkaan.
Namun sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya selepas mendapat khabar kira-kira jam 9 pagi daripada isteri keadaan anak yang sudah terkulai.
Terdahulu, seorang bayi berusia 8 bulan dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Kelemak.
Mayat mangsa telah dihantar Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Sumber : BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.